CHAI MING YEE: JALINAN MASYARAKAT


Saya telah menjalankan aktiviti jalinan masyarakat di Kajang sebanyak 4 hari. Pada 7 April dan 14 April, saya telah dibahagikan untuk menjalankan tugas di Kampung Kwan Tung Baru. Tugas-tugas seperti menyusun buku-buku mengikut jenis, mendaftarkan jenis dan maklumat buku, dan sebagainya. Memori saya bagi kedua-dua hari ini selain daripada buku-buku yang menarik, saya telah mengalami hujan yang lebat setiap kali semasa saya nak pulang, tetapi ia masih menjadi memori yang amat saya hargai. 



Pada hari 12 April dan 13 April, saya telah dibahagikan untuk menjalankan tugas di Kajang Heritage Centre. Tugas-tugas seperti mengambil gambar, mendaftar maklumat, dan menyusun barang peninggalan budaya. Cikgu Lee Kim Sin bukan sahaja memberi maklumat tentang barang peninggalan budaya, maka beliau juga menunjukkan cara menggunakan barang tersebut. Beliau juga menceritakan sejarah barang peninggalan budaya tersebut. Selepas melawat dan menjalankan tugas di Kajang Heritage Centre, saya mendapat tahu kepentingan menjaga budaya warisan supaya kebudayaan dan keindahan barang peninggalan budaya dapat diwarisi secara turun-temurun.


Walaupun aktiviti jalinan masyarakat ini telah tamat, tetapi ia akan menjadi memori yang terindah dalam ingatan saya, Saya amat bersyukur kerana mempunyai peluang untuk menjalankan aktiviti ini. Aktiviti ini telah mengajar saya kepentingan kerjasama semasa bertugas, bertolak ansur, dan kepentingan menepati masa. 

Comments

Popular posts from this blog

Social Engagement (SE) 第一天 7/4/19

Pengalaman yang baru - Lee Wennie 李伟妮