Posts

Social Engagement Clarine Wong - AII180007

Image
Pada April 2019, saya dan rakan-rakan dari Jabatan Pengajian Tionghoa telah menjalankan aktiviti Jalinan Masyarakat di Kajang, Selangor. aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Universiti Malaya untuk menjalankan aktiviti jalinan masyarakat di luar sekolah. Di samping itu, aktiviti ini juga menjalin hubungan yang baik dalam kalangan pelajar. Berikut merupakan beberapa aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kita di Kajang, Selangor: Saya dan rakan-rakan sedang berbincang tentang kerja-kerja yang kita perlu buat. Encik Lee Kin Sin sedang memberi taklimat tentang sejarah 先师师爷宫. Ini merupakan kedai lama yang menjual biskut. Walaupun kedai tersebut mempunyai sejarah yang panjang, tetapi biskut yang dijual di kedai tersebut merupakan biskut yang saya agak sukai kerana biskut yang dijual merupakan biskut yang saya makan pada masa kanak-kanak. Gambar ini diambil semasa saya dan rakan-rakan menunggu MRT di stesen MRT. Pemandang...

PAMERAN DI PUTRAJAYA BY NG JUN NI

Image
Kami telah pergi ke Putrajaya untuk menolong Cikgu Lee yang mengadakan satu pameran di sana pada hari Sabtu dan Ahad. Dalam gambar ini, Cikgu Lee sedang mengajar sekumpulan peserta-peserta yang datang mengunjung pameran-pameran yang mengenai kampung baru yang berada di Semenanjung Malaysia bermain permainan kanak-kanak yang dikenali sebagai 'Tong Wan'. Di sana, kami telah menolong Cikgu Lee mempromosikan kampung baru di bandar Kajang sepanjang hari. Melalui aktiviti ini, kami telah mempelajai bagaimana sebuah kampung baru dibentuk dan diperkembangkan.

Jalinan Masyarakat by Teng Tian Mei

Image
7/4/2019 (Ahad)     Hari pertama saya menyertai Program Jalinan Masyarakat di Stadium Kajang. Kita berkumpul di stesen bas berhampiran dengan kolej 3,4,7 pada pukul 8 pagi dan mengambil bas MRT T815 untuk menuju ke MRT Phileo Damansara. Kita mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke stesen Stadium Kajang.Selepas sampai ke Stadium Kajang, kita terus menuju ke Kajang Heritage Center. Di sana, kita diberi taklimat dan pengenalan ringkas oleh Encik Lee tentang sejarah bahan lama yang disimpan dan bagaimana kita akan merekod bahan bersejarah ini. Kita memulakan tugasan masing-masing dengan merekod sumber bahan bersejarah ini dan mencatatkan maklumat seperti barang tersebut dibuat dari apa dan juga langkah untuk melindjunginya.     Kerja diteruskan dengan lancar dan kita telah makan tengah hari di restoran yang berdekatan. Makanan yang diorder amat enak dan telah menyemarakkan semangat kita untuk teruskan kerja kita. Kita sambil merekod sumber bahan sambil berbu...

Warisan Kebudayaan yang Tidak Ternilai - Permainan Kanak-kanak Tradisional (LIM ZI XIN AII180018)

Image
Kursus Jalinan Masyarakat (GIG 1005) merupakan salah satu kursus universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar ijazah universiti. Kursus ini memerlukan pelajar ijazah universiti untuk menjalankan projek sepanjang 40 jam dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, sama ada di dalam universiti atau di luar universiti. Untuk memenuhi keperluan kursus, kami telah bekerjasama dengan pengarah Pusat Warisan Komuniti Kajang (Kajang Heritage Centre) dan Pusat Cerita Kampung Kwan Tung Baru, Kajang (Kajang Story House), iaitu Encik Lee Kim Sin untuk menjalankan projek jalinan masyarakat di kedua-dua tempat tersebut.  Pusat Warisan Komuniti Kajang Pusat Cerita Kampung Kwan Tung Baru, Kajang Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Pusat Warisan Komuniti Kajang termasuklah mengambil gambar kolektif barang antik lama, memerhati dan menentukan keadaan barang antik lama serta merekod maklumat kolektif barang antik lama yang telah dikumpul.  S...