Empat Hari Jalinan Masyarakat Yang Berada Di Kajang by Jing Wei
Dalam sem ini, saya telah mengambil subjek GIG 1005, iaitu jalinan masyarakat. Jalinan masyarakat merupakan satu subjek yang berbeza dengan subjek lain. Hal ini dapat dilihat dengan aktiviti yang telah dijalankan. Sebagai contoh, GIG 1002 hubungan etnik ialah subjek yang menjalankan kuliah dalam kelas, manakala GIG 1005 jalinan masyarakat ialah subjek yang memerlukan kami menjalankan aktiviti di luar selama 32 jam. Tahun ini, kami telah menjalankan projek ini di Kajang.
Pada hari pertama, kami telah berkumpul di UM central pada pukul 7.45pagi dan bertolak ke Kajang. Kami menaiki bus T815 dan MRT dengan mengambil masa 1 jam. Semasa kami sampai di sana, kami diagihkan kepada dua kumpulan, satu kumpulan yang pergi ke pusat cerita Kajang/Sungai Chuah, lagi satu kumpulan diagihkan ke pusat warisan komuniti Kajang . Kumpulan yang pergi ke pusat cerita Kajang/Sungai Chuah diberikan peranan untuk menyelaras dan merekod maklumat buku dalam sistem komputer. Manakala kumpulan yang pergi ke pusat warisan komuniti Kajang berperanan untuk menyelaras dan merekod maklumat barang antik yang berada di pusat warisan komuniti Kajang dalam sistem komputer juga. Saya telah diagihkan di dalam kumpulan yang pergi ke pusat warisan komuniti Kajang. Semasa masuk ke dalam pusat tersebut, terdapat banyak barang antik tersusun di dalam pusat. Kami telah diagihkan tiga orang kepada satu kumpulan. Saya , Lim Zi Xin dan Teng Tian Mei menjadi satu kumpulan dan kami bermula menyelaras dan merekod sebahagian maklumat barang antik. Semasa kami merekod maklumat barang antik, dua orang daripada kumpulan kita mengambil gambar barang antik, dan lagi satu orang merekod maklumat barang antik melalui google form. Kami merekod maklumat barang antik dan mengambil gambar barang secara bergilir-giliran. Pada hari kedua, saya masih diagihkan ke pusat warisan komuniti Kajang untuk meneruskan kerja menyelaras dan merekod maklumat barang antik dengan ahli kumpulan yang lain, iaitu Lim Zi Xin dan Chong Kai Hui. Kami meneruskan perekodan maklumat barang antik yang belum siap pada hari pertama. Kami tamat aktiviti pada pukul 5.00 petang.
Pada hari ketiga, terdapat pelajar-pelajar sekolah rendah akan datang untuk melawat sambil belajar di Kajang. Oleh itu, kami diberikan arahan dengan menolong guru sekolah tersebut untuk menjaga pelajar. Kami diagihkan kepada dua kumpulan, satu kumpulan yang berada di tokong, iaitu Kajang Sen Shen Sze Yar Temple dan satu lagi kumpulan berada di bawah pusat warisan komuniti Kajang untuk mengajar pelajar cara bermain permainan kanak. Saya dan Low Zi Lin telah diagihkan di bawah pusat warisan komuniti Kajang. Terdapat kira-kira 120 orang pelajar yang diagihkan kepada 6 kumpulan telah diajar oleh saya dan Zi Lin untuk bermain permainan kanak secara bergilir-giliran. Aktiviti ini dijalankan selama 3 jam. Selepas pelajar tamat lawatan dan pulang, kami pergi makan petang dan pulang balik ke pusat warisan komuniti Kajang. Cikgu Lee, iaitu pengurus pusat warisan komuniti Kajang telah mengajar kami cara untuk membuat permainan kanak. Dalam bahagian ini, kami telah menambahkan ilmu pengetahuan dan teknik membuat permainan kanak-kanak .
Gambar tersebut menunjukkan Zi Lin sedang mengajar pelajar untuk bermain permainan kanak.
Pada hari keempat, perekodan maklumat barang antik dan buku sudah disiapkan. Oleh itu, kita dibawa oleh Cikgu Lee untuk berjalan-jalan di sekeliling Kajang. Kami mengikut Cikgu Lee sambil mendengar terangan Cikgu Lee tentang seni bina bangunan, tokong Kajang dan lain-lain lagi. Melalui aktiviti tersebut, saya telah mempelajari ilmu pengetahuan tentang seni bina bangunan di Kajang, sejarah tokong di Kajang. Selepas tamat berjalan-jalan, kita menolong Cikgu Lee untuk mengemas dan menyusun barang yang diperlukan dalam pameran di Putrajaya. Pameran komuniti peingkat nasional telah diadakan di Putrajaya. Semasa kami bertolak ke Putrajaya, kami menolong Cikgu Lee untuk merekod barang yang perlu dibawa ke pameran. Selepas rekod telah dibuat, kami pun bertolak ke Putrajaya. Dengan mengambil masa yang tidak lama, kami tiba di Putrajaya. Kami masuk ke satu tempat yang bernama PICC(Putrajaya International Convention Centre). Dalam tempat tersebut, terdapat banyak penduduk Kampung Baru yang dari tempat berbeza menyediakan barang untuk kegunaan pameran. Selepas ditetapkan tempat pameran, kami mula menyusun barang pameran. Antaranyan termasuk permainan kanak, barang antik, dan lain-lain lagi. Selepas siap menyusun barang, kami pulang ke sekolah.
Gambar tersebut menunjukkan Cikgu Lee sedang memberikan terangan tentang Kajang Sen Shen Sze Yar Temple.
Selama 4 hari tersebut, saya telah menambah banyak ilmu yang tidak dapat memperoleh dari buku. Melalui aktiviti ini, saya telah mempelajari teknik untuk membuat permainan kanak dan juga pengalaman cara menyelaras dan merekod maklumat barang antik. Dalam aktiviti ini, saya berasa gembira dan bersyukur atas kejarsama antara kawan-kawan semasa kami menjalankan apa-apa aktiviti. Kerjasama atas kawan-kawan telah mengurangkan beban dan menyiapkan tugasan secara lanjut dan lebih cekap.


Comments
Post a Comment