Jalinan Masyarakat by Teng Tian Mei

7/4/2019 (Ahad)
    Hari pertama saya menyertai Program Jalinan Masyarakat di Stadium Kajang. Kita berkumpul di stesen bas berhampiran dengan kolej 3,4,7 pada pukul 8 pagi dan mengambil bas MRT T815 untuk menuju ke MRT Phileo Damansara. Kita mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke stesen Stadium Kajang.Selepas sampai ke Stadium Kajang, kita terus menuju ke Kajang Heritage Center. Di sana, kita diberi taklimat dan pengenalan ringkas oleh Encik Lee tentang sejarah bahan lama yang disimpan dan bagaimana kita akan merekod bahan bersejarah ini. Kita memulakan tugasan masing-masing dengan merekod sumber bahan bersejarah ini dan mencatatkan maklumat seperti barang tersebut dibuat dari apa dan juga langkah untuk melindjunginya.
    Kerja diteruskan dengan lancar dan kita telah makan tengah hari di restoran yang berdekatan. Makanan yang diorder amat enak dan telah menyemarakkan semangat kita untuk teruskan kerja kita. Kita sambil merekod sumber bahan sambil berbual tentang kegunaan bahan bersejarah ini. Kadang kala, Encik Lee akan demonstrasikan penggunaan bahan bersejarah dan hal ini telah
mencetuskan rasa ingin tahu kita. Barang lama yang dipamerkan di Kajang Heritage Center juga memberi peluang kepada kita untuk mengenai  perubahan sains dan teknologi dari zaman dulu sehingga sekarang. Kita dapat melihat seterika zaman dulu yang menggunakan arang pada zaman dulu.
    Kita menghentikan kerja pada jam pukul 5 petang dan mengemaskan barang untuk balik ke universiti.  Ada beberapa pelajar Pengajian Tionghoa yang berpisah dengan kami untuk menikmatikan makanan terkenal di Kajang iaitu Sate.

12/4/2019 (Jumaat)
     Hari ini merupakan hari kedua untuk Program Jalinan Masyarakat. Hari ini turut ditugaskan untuk merekod sejarah  barang lama tetapi dengan ahli kumpulan yang berbeza iaitu dengan Zi Xin dan Jing Wei. Kita bertiga bekerjasama untuk merekodkan barang bersejarah ini. Semua orang berusaha untuk melakukan tugasan kerana terdapat lebih daripada tiga ratus barang bersejarah untuk kami merekod.

13/4/2019 (Sabtu)
    Hari ini saya ditugaskan di Pusat Cerita untuk merekodkan buku-buku cerita yang dibeli atau diderma oleh orang lain. Setelah sampai ke Stadium Kajang,  kita perlu mendapatkan bas Selangor untuk menuju ke tempat tersebut dan jalan kaki dalam masa 5 minit untuk sampai ke destinasi.
    Pusat Cerita ini dipenuhi dengan buku cerita yang perlu kami merekodkan. Sepanjang masa saya berada di tempat ini, suasana tempat amat seronok. Kami berbual sambil merekodkan buku-buku ini. Kami juga dapat membaca cerita yang seronok dan menarik.  Tugasan di Pusat Cerita merupakan tugasan yang paling best dalam program Jalinan Masyarakat ini.

26/4/2019 (Jumaat)
    Hari ini merupakan hari terakhir saya menyertai program Jalinan Masyarakat. Seperti biasa, kami menggunakan bas MRT ke MRT Phileo Damansara,dan mengambil Mrt ke Stadium Kajang. Pada kali ini, Encik Lee telah membawa kami melawat ke tempat bersejarah di Kajang seperti pejabat pos yang bersejarah lama dan juga membawa kami ke tepi sungai Hulu Langat.  Dengan nasib yang baik, kami dapat melihat seekor biawak yang bersaiz besar dan juga beberapa berang-berang.
    Walaupun kami telah habis merekodkan barang bersejarah, tetapi kami masih perlu tolong untuk merekodkan barang bersejarah yang perlu dibawa ke tempat pameran di Putrajaya.
    Selepas makan tengah hari di restoran yang berhampiran, kami mengambil grab ke Putrajaya untuk mendirikan booth pameran. Apabila mendirikan booth, kami bermain permainan tradisional yang akan dipamerkan . Dengan menyertai program Jalinan Masyarakat ini, saya dapat mengambil tahu sejarah Kajang serta sejarah bahan bersejarah ini.  Program ini juga membantu pelajar Pengajian Tionghoa untuk mengeratkan hubungan. Semangat kerjasama turut dibentukkan dalam program Jalinan Masyarakat ini.
       Biawak yang bersaiz besar atas tanah
Pemandangan Putrajaya

Comments

Popular posts from this blog

Social Engagement (SE) 第一天 7/4/19

Pengalaman yang baru - Lee Wennie 李伟妮