LOW ZI LIN : Memori yang Terindah

Pejam celik-pejam celik, tanpa kita sedar, aktiviti jalinan masyarakat di kajang sepanjang 4 hari telahpun menghampiri saat terakhir. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Lee Kim Sin yang telah membimbing kita pada masa aktiviti dijalankan.   
                            
                                     

Pada hari yang pertama menjalankan aktiviti ini, kita telah mengunjungi Kajang Heritage Centre dan melibatkan diri dalam menganalisis, menyusun, dan mendaftar aset peninggalan budaya. Dalam proses tersebut, kita telah mendapati variasi barang peninggalan sejarah yang bererti. Sebagai analoginya, kita mendapati satu mesin taip yang masih berfungsi di situ. "Mesin ini digunakan pada berpuluh-puluh tahun dahulu" kata Cikgu Lee. Akan tetapi, roda kemajuan telah bergerak pantas seperti lipas kudung di dunia kita, aset peninggalan budaya ini telah menjadi salah satu peringatan kepada kita supaya mengimbas kembali bagaimana nenek moyang kita lalui pada zaman dahulu.  




Pada hari yang kedua menjalankan aktiviti jalinan masyarakat di Kajang, kita telah mengategori buka-buku cerita kanak-kanak mengikut jenis tertentu. jumlah buku yang didaftar dan dikategori dalam sistem telah melebihi 1000.



Pada hari yang ketiga dan keempat, Cikgu Lee membawa kita ke kuil Shen Sze She Yar di sebelah  Kajang Heritage Centre. Di sana, Cikgu Lee menceritakan tentang asal usul kuil ini, semua artefak yang tinggal di situ amat berharga dan bersejarah. 


Pada pandangan saya, aktiviti jalinan masyarakat di kajang merupakan pengalaman yang bererti kerana ia mencipta banyak memori yang indah dalam hati sanubari kita. Saya harap aktiviti ini dapat dijalankan pada suatu hari yang akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Social Engagement (SE) 第一天 7/4/19

Pengalaman yang baru - Lee Wennie 李伟妮