Pengalaman Sepanjang Aktiviti Jalinan Masyarakat ---Tai Jing Yi
![]() |
| MRT laluan Sungai Buluh - Kajang |
Sepanjang aktiviti Jalinan Masyarakat ini diadakan , saya dan rakan- rakan pergi ke Kajang melalui pengangkutan awam iaitu dengan bas MRT dan MRT laluan Sungai Buluh- Kajang. Kami berkumpul di perhentian bas depan Kolej 3, 4 dan 7 pada pukul 8 pagi. Bas mrt T815 akan membawa kami ke Stesen MRT Phileo Damansara. Selepas itu, kami akan sampai di Stesen Stadium Kajang dari stesen Phileo Damansara melalui 20 Stesen . Sepanjang perjalanan ini, kami akan berbual- bual sambil bermain di atas mrt kerana perjalanan ini yang sangat lama.
![]() |
| Kajang Heritage Centre |
Inilah merupakan Kajang Heritage Centre. Kami telah mendaftarkan pelbagai barangan peninggalan budaya. Saya telah megetahui banyak barang baru yang saya tak pernah jumpa sebelum ini. Di sini, Cikgu Lee juga telah mengajar kami membuat pelbagai permainan tradisional kanak- kanak. Saya telah berjaya membuat satu. Selain itu, saya juga telah belajar untuk bermain gasing. Permainan gasing sukar untuk menguasai tetapi selepas bermain dan berlatih beberapa kali dan akhirnya saya telah berjaya.
Pada hari ketiga saya melawat ke Kajang, Cikgu Lee telah membawa kami untuk mengunjungi kuil yang berhampiran. Cikgu Lee telah terangkan ciri - ciri dan sejarah kuil tersebut kepada kami. Saya telah mendapat banyak ilmu tentang kuil tersebut.
Aktiviti Jalinan Masyarakat ini telah membawa banayak faedah kepada saya. Saya dapat belajar banyak ilmu pengetahuan yang baru sepanajang aktiviti ini. Aktiviti ini juga telah mengeratkan hubungan antara saya dengan rakan rakan saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah banyak mengorbankan dalam aktiviti ini.
SEKIAN TERIMA KASIH




Comments
Post a Comment