Persediaan untuk Konvensyen Pemerkasaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru - By Chong Jing Yee
Hari in (26/4) saya dengan kawan-kawan saya pergi ke Kajang Heritage centre. Ini adalah kerana kita perlu membantu Cikgu Lee Kim Sin untuk membuat persediaan untuk Konvensyen Pemerkasaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru yang diadakan pada 27/4/2019 hingga 28/4/2019, tempat mengadakan majlis tersebut adalah di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
![]() |
| gambar tersebut ditangkap di luar PICC |
Sebelum kami bertolak ke PICC, Cikgu Lee membawa kami pergi ke restoran sarapan yang berhampiran Heritage Centre. Kami mengetahui rupa-rupanya restoran sarapan tersebut adalah mempunyai sejarah yang sangat panjang. Oleh itu, hiasan restoran ini adalah lebih beromen kuno. Restoran sarapan tersebut adalah bernama Restoran Dong Sheng. Cikgu Lee telah membelanja kami sarapan pada hari tersebut. Restoran sarapan ini mempunyai menu yang menarik, rotinya sangat enak dan saya masih rindu roti restoran sarapan tersebut.
Selepas itu, Cikgu Lee telah membawa kita pergi mengembara kedai-kedai lama di sekitar Kajang. Kami telah mengunjung ke tokong lama di sebelah Kajang Heritage Centre. Cikgu Lee telah memperkenalkan tokomg lama kepada kami. Selepas mendengar cerita yang dicakap oleh Cikgu Lee, kami telah menjadi lebih memahami sejarah tokong lama tersebut.
![]() |
| Pintu tersebut merupakan pintu tokong lama yang bersejarah selama 120 tahun. |
![]() |
| Gamabr ditangkap semasa kita berada di tepi Sungai Langat |
Kira-kira pada pukul 4.30pm, kami pun bertolak ke Putrajaya International Convention Centre (PICC). Kami pergi ke PICC dengan menaiki Grab. Selepas kami tiba di PICC, kami telah tertarik oleh pandangan yang indah di luar PICC.
Kami telah membantu Cikgu Lee untuk menyediakan pameran untuk Kominuti Kampung di PICC Dewan A. Kami mengambil barang-barang yang diperlukan ke tempat pameran itu dan mula menghiaskan.
Dalam proses menghiaskan tempat, kami juga bermain mainan pada zaman kanak-kanak kita. Mainan pada zaman kanak-kanak kita juga merupakan salah satu barangan pameran.
Hari ini merupakan hari terakhir saya menghadiri aktiviti Jalinan Masyarakat. Masa berlalu dengan cepat, saya rasa tidak ingin menamatkan aktiviti Jalanan Masyarakat ini. Kajang memang merupakan satu tempat yang sangat bersentuhan manusia. Kebanyakan penduduk di sana sangat mesra dan sentiasa membelanja kita makan pelbagai makanan. Saya akan merindui setiap sudut di Kajang yang pernah kita menjejaki kerana ini merupakan kenangan yang baik kepada kita.








Comments
Post a Comment