Persediaan untuk pameran berkenaan budaya kampung baru di Putra Jaya


26 April 2019 merupakan hari yang unik bagi saya kerana pada hari tersebut, kami bertolak dari University Malaya ke kajang untuk bertolak bersama Cikgu Lee Kim Sin ke Putrajaya Intertional Convention Centre(PICC). Kami sampai di Kajang pada pukul 10 pagi. Cikgu Lee membawa kami ke tokong untuk memperkenalkan sejarah dan budaya tokong di kajang. Kemudian Cikgu Lee membawa kami ke makan tengah hari. Tetapi ia hujan semasa kami menjamu selera. Keadaan ini menyebabkan kami lambat bertolak ke PICC. Semasa pukul 3.30 petamg kami baru betolak ke PICC. Kami sampai ke PICC pada pukul 4 petang untuk membuat persediaan pameran keesokan harinya. Sebaik sahaja Cikgu Lee sampai, kami membuat persediaan pameran yang berkaitan dengan permainan kanak-kanak. Dengan cepatnya kami menyiapkan tugasan kami pada 6.30 petang. Walaupun tempoh persediaan sangat cepat, tetapi kami boleh lihat sesuatu tempat yang kosong boleh disiapkan untuk membuat pameran dalam masa yang sangat singkat. Bukan begitu sahaja, barang yang dipamerkan adalah berkaitan dengan budaya kampung baru, seperti rumah tinggal, alat permainan kanak-kanak dan sebagainya. Ia mempunyai nilai budaya setempatnya tersendiri. Budaya kampung baru yang dipamerkan sebenarnya dapat membolehkan kami dan juga rakyat mengetahui tentang sejarah dan budaya setempat. Ia merupakan sesuatu yang amat perlu disebarkan kepada orang lain supaya sejarah dan budayanya tidak akan hilang. Ia telah memberi implikasi kepada saya bahawa jalinan masyarakat ini sebenarnya sememangnya telah memberi peluang kepada kita untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang bermakna.

Comments

Post a Comment