SE - Konvensyen Pemerkasaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru (CHAN SOOK MUN AII180004)

Pada 28 April 2019, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan Konvensyen Pemerkasaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Konvensyen ini telah menghimpunkan hampir 800 orang pengerusi dan setiausaha MPKK Kampung Baru dari seluruh negara yang diadakan selaras dengan hasrat KPKT untuk memperkasakan peranan dan tanggungjawab MPKK dalam pentadbiran dan pembangunan Kampung Baru di seluruh negara.


 Kumpulan kami yang terdiri daripada saya, Yu Qin, Jun Nie, Sock Ming, Kim Ying telah mendapat peluang yang emas untuk menjadi peserta dalam konvesyen ini.


Pada masa itu, satu gerai telah disiap sedia oleh kumpulan yang semalam itu. Gerai tersebut terdapat banyak permainan kanak-kanak seperti gasing, besi bulatan dan sebagainya.Terdapat juga banyak buku yang berkaitan dengan sejarah masyarakat Cina dan kampung pada masa dahulu.


Peranan kami pada hari itu adalah memperkenalkan permainan kanak-kanak kepada orang awam. Kami telah membuat demonstrasi cara bermain kepada mereka. Terdapat banyak orang yang pelbagai kaum dan juga orang negara asing berminat terhadap permainan kanak-kanak tersebut. Mereka bermain dengan gembira.




Kita juga berpeluang untuk mendengar topik yang dibincang dalam konvesyen ini. Pelbagai topik terkini telah diketengahkan dalam konvensyen ini dan ia melibatkan seramai 15 orang tokoh yang berpengalaman untuk mengupas pelbagai isu tentang Dasar Komuniti Negara, sejarah dan hala tuju kampung baru, pemberdayaan wanita, pengurusan keselamatan, pendidikan, kesenian dan kebudayaan, bantuan kewangan komuniti, pengurusan alam sekitar komuniti dan pemerkasaan peranan dan tanggungjawab MPKK. 


Akhir sekali, kami telah menambahkan banyak pengetahuan melalui konvesyen ini. Kami hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Lim Kim Sin memberi peluang kepada kami untuk menyertai konvesyen ini.

Comments

Popular posts from this blog

Social Engagement (SE) 第一天 7/4/19

Pengalaman yang baru - Lee Wennie 李伟妮