Warisan Kebudayaan yang Tidak Ternilai - Permainan Kanak-kanak Tradisional (LIM ZI XIN AII180018)

Kursus Jalinan Masyarakat (GIG 1005) merupakan salah satu kursus universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar ijazah universiti. Kursus ini memerlukan pelajar ijazah universiti untuk menjalankan projek sepanjang 40 jam dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, sama ada di dalam universiti atau di luar universiti.

Untuk memenuhi keperluan kursus, kami telah bekerjasama dengan pengarah Pusat Warisan Komuniti Kajang (Kajang Heritage Centre) dan Pusat Cerita Kampung Kwan Tung Baru, Kajang (Kajang Story House), iaitu Encik Lee Kim Sin untuk menjalankan projek jalinan masyarakat di kedua-dua tempat tersebut. 

Pusat Warisan Komuniti Kajang
Pusat Cerita Kampung Kwan Tung Baru, Kajang
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Pusat Warisan Komuniti Kajang termasuklah mengambil gambar kolektif barang antik lama, memerhati dan menentukan keadaan barang antik lama serta merekod maklumat kolektif barang antik lama yang telah dikumpul. 

Selain itu, kami juga telah menjalankan aktiviti, seperti mengambil gambar dan mengklasifikasikan koleksi buku cerita serta merekod maklumat buku-buku cerita di Pusat Cerita Kampung Kwan Tung Baru, Kajang. 

Semasa kami sedang menjalankan projek jalinan masyarakat di Pusat Warisan Komuniti Kajang, kami telah mendapati bahawa permainan kanak-kanak tradisional semakin diketepikan, dipulaukan dan dilupai oleh golongan masyarakat kini, baik di Kajang mahupun di seluruh Malaysia. Golongan masyarakat kini, terutamanya kanak-kanak dan golongan remaja kian tidak berminat dengan permainan tersebut.

Oleh itu, kami telah mengambil peluang untuk mengumpulkan maklumat-maklumat tentang permainan kanak-kanak tradisional dalam kalangan masyarakat tempatan, baik di Kajang mahupun di seluruh Malaysia. 

Permainan kanak-kanak tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi tua pada zaman dahulu sejak kecil lagi. Permainan tersebut seharusnya diwarisi secara turun-temurun oleh generasi seterusnya, tetapi bukanlah mengabaikan kewujudannya.

Permainan kanak-kanak tradisional bukan sahaja sesuai kepada kanak-kanak, malahan juga sesuai kepada orang dewasa. Cara untuk bermain permainan ini adalah amat senang dipelajari dan boleh dimain tanpa mengira kaum, bangsa dan warna kulit. 

Contoh-contoh permainan kanak-kanak tradisional:
Flying Button
Gasing
Batu Seremban
Congkak
Guli
Lidi
Teng-Teng
Galah Panjang
Tarik Upih
Tudung Botol / Ceper
Baling Tin
Manual Bamboo-copter
Contoh-contoh permainan kanak-kanak tradisional yang terdapat di Pusat Warisan Komuniti Kajang:

Gulungan gelang getah
Pelbagai jenis permainan kanak-kanak tradisional
Pistol
Encik Lee Kim Sin sedang menunjukkan cara bermain salah satu jenis permainan kanak-kanak tradisional.

Bak kata pepetah, "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas". Generasi muda pada hari ini haruslah bertanggungjawab untuk melestarikan permainan kanak-kanak tradisional yang dianggap sebagai warisan kebudayaan atau khazanah tradisi yang tidak ternilai ini. Permainan kanak-kanak tradisional seharusnya dipelihara dan dikekalkan, bukanlah diabaikan dan dilupai.

Sekian, terima kasih. :)

Comments

Popular posts from this blog

Social Engagement (SE) 第一天 7/4/19

Pengalaman yang baru - Lee Wennie 李伟妮